Monday, March 19, 2012

Terukir dibintang...


Layan jiwang jap. Bajet macam takde kerja.hihi
I malaslah nanti ada orang cakap hobi I buat kerja je kan. =p
So I blogging la kejap-kejap.
Lagu untuk yang tersayang.
 I dengar lagu ni, terus masuk kat hati ni.eceh.. 
Walaupun tak mampu nak capai bintang dari langit tu. Impossible.
Tapi I akan cuba yang terbaik untuk sayang-sayang I sekalian. =))


"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba

Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu"

Terima kasih untuk segalanya.. 

Kau dan Aku Berbeza

Hidup adalah seperti mana yang anda tentukan.
Nak ikut orang? Boleh. Takde salahnya selagi mana tak melanggar hukum-hukum & batasannya. 
Lagi bagus kalau yang membawa kebaikkan. Tapi harus diingat, setiap orang punya watak & personaliti masing-masing.
Setiap orang ada kekuatan & kelemahan yang berbeza-beza. Kau dan aku tak sama. 
Selagi mana kita sentiasa mencuba yang terbaik untuk diri kita dan orang lain, itu dah cukup baik. 
Mungkin hasilnya sedikit berbeza atau mungkin banyak bezanya, itu kita panggil perbezaan individu. 
Yang membuatkan hidup ini lebih warna warninya.
Jangan susah hati jika tak mampu buat sebaik orang lain. Yang penting usaha untuk memajukan diri sendiri. Yang kurang, usaha untuk tambahkan. Sentiasa usaha. Tapi tak perlu terlalu menekan diri sendiri, kelak kamu yang stress.
Apa guna sempurna di mata manusia sedangkan di sisi Allah, kita yang tercorot sekali. 
Ikhlas.. Sesuatu yang sangat abstrak. Takde siapa yang akan tahu. Waima diri sendiri pon tak tahu sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Apatah lagi nak mempersoalkan tentang keikhlasan orang lain. Minta jauhkanlah perkara macam ni. 



Wednesday, March 14, 2012

Cuti + Kerja

Cuti sekolah dah 5hari.. Berbaki lagi 4 hari. Punyalah banyak kerja sekolah yang tak settle lagi. Memang selagi tak siap, selagi tu la hati tak tenang. Sampai termimpi-mimpi aku dibuatnya. Haish. Risau betul ni. Harapnya sempatlah nak settlekan semua sebelum habis cuti. Waaaa..

Tolong rajin-rajin! 

Thursday, March 8, 2012

kanak-kanak dan gula-gula

Balik sekolah tadi, terus pegi shopping gula-gula. Setelah stress berminggu-minggu memikirkan penyelesaian kepada masalah murid-murid tahap 1 yang susah nak beri tumpuan, aku akhirnya guna solusi yang sememangnya dah terbukti keberkesanannya dalam menarik perhatian murid-murid aku ni. Sejujurnya, aku sangat tak gemar nak bagi budak ganjaran berupa gula-gula ni. Satu hal, nanti dorang dah terbiasa nak ganjaran je. Kalau takde tak nak belajar. Satu lagi, kalau aku ada anak pon, aku tak nak galakkan anak-anak aku makan gula-gula.haha.kang baru nak hidup dah macam-macam penyakit. Risau aku.

Tapi aku lagi risau kalau dorang taknak belajar & main-main dalam kelas aku. Habis suara dah.malu jangan cakaplah. nak kata xde bahan bantu, ish2..hari-hari buat. ada tu stay up sbb nak buat BBM je.tak kisahlah sebab memang tanggungjawab & memang aku tau kalau takde BBM, dorang ke laut.plus dengan aku yang baru-baru ni.tak pandai sangat nak ngajar, BBM sangat diperlukan. aura cikgu tu masih belum sampai lagi macam cikgu-cikgu lama.

Hari ini aku cuba praktikkan pemberian ganjaran dalam bentuk gula-gula memandangkan aku dah buntu memikirkannya. Peningkatan tahap tumpuan student aku 100% woo..aku hanya mampu tersenyum.memang dasar budak-budak.ye.ini murid tahun 2 yang tengah sangat aktif. Syaratnya beri tumpuan, jawab soalan dengan betul & jangan makan masa cikgu mengajar. Setakat ni aku berpuas hati. Tapi ni cuma untuk sementara je. At least after pencerapan aku jumaat nanti.hee. Ingat dapat nak hari-hari? No,no.no..Amalkan gaya hidup sihat. Aku tak nak bertanggungjawab kalau budak-budak ni kene potong kaki sok.
Ada yang sudi berkongsi idea & beri pendapat berkaitan perkara ni kat sini? Sangat dialu-alukan..